Saturday, July 18, 2009

SCREENING

untuk bulan ogos ini saya nak promotekn untuk beberapa buah filem pendek yang akan ditanyangkan hasil daripada pelajar - pelajar dari falkulti filem dan video, dalam modul bengkel prouduksi II. berikut adalah tempat untuk tanyangan filem pendek ini :

AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA)
Kuala Lumpur, Malaysia


ini merupakan trailer bagi filem experimental yang akan ditayangkan nanti , maaf hanya dua filem sahaja yang di uploadkan kerana filEm lain masih dalam proses post.


Friday, July 17, 2009

INI SIHIR

ini adalah kelakuan daif!
tapi kelakuan ini tidak akan habis...

ini juga adalah ilmu!
tapi ilmu jalan belumut...

ini boleh mengawal minda!
tapi gagal mengawal esa...

ini bukan senang dipelajari!
tapi senang dinodai...

ini jauh dari celaka!
tapi jauh lagi dari syurga...

ini tempat orang hebat!
tapi tiada tempat di akhirat...

ini jalan paling jimat!
tapi jimat lagi menuju akhirat...

ini senang lagi halus
tapi dosa tak mungkin terapus...


perbuatan sihir tidak akan habis, bertaubat la wahai pengamal sihir dan ilmu hitam... saya menyeru kepada orang yang sebangsa dan seugama dengan saya. ini perbuatan sangat kejam! jangan sesekali dekati sihir! jika anda pernah beramal dengan mana2 ilmu, silalah semak semula dan kaji sedalam dalamnya..adakah ilmu yang anda pelajari itu dijalan yang benar. jangan bila mati tak diterima bumi, menjadi saka menggagu manusia..

tuju utama adalah pengiat silat, pengamal perubatan, dukun, bomoh dll.

ingatlah ini adalah soal dunia dan akhirat, jangan sampai menjadi darah daging hingga merosak keturunan islam sendiri....bersihkan dan ingatlah JANGAN PILIH JALAN HITAM!!!

Thursday, July 16, 2009

LAGU KITA

kita ada menulis lirik lagu, mungkin kita akan rekod pakai letop saja. format mp3
lagu yang telah kita tulis seperti di bawah ini :

1. pintu terkunci
2. permaisuri ku
3. dalam rindu
4. salah aku
5. cinta dusta

semua lagu ini telah ditulis secara tiba - tiba pada tahun 2007 , 2008 dan 2009
masih dalam penyusunan muzik lagi, oleh itu saya akan mengumpulkan semua lagu yang penah saya buat dan saya akan merekodkn semula tetapi dalam bentuk demo sahaja..
tunggu jela tu pun kalau saya rajin saya buat la...

adoiiii!!!! wat keja sorang2 nih kadang2 fedup jugak...ape2 pun tunggu je la...





DI ATAS NORMAL



filem pendek Di atas normal ini saya telah bersama - sama dengan tenaga produksi PTSS melaksanakan satu tugasan penilaian akhir bagi sahabat saya ini bainun waheeda. saya telah mengalas tanggujawab sebagai seorang kameranman, juga bersama 3 orang lagi sahabat. disebabkan masa yang tidak menentu dan permasalahan lain yang timbul kami terpaksa berganti - ganti menggunakan banyak tenaga dari sahabat yang lain..kerana itu kameraman sahaja ada 4 nama..never maind~. dengan penghasilan filem pendek ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan pengarah filem pendek ini kerana belanja makan...mereka mengeluarkan budget sendiri...tanhiah sekali lagi... insyallah ada masa kita boleh majukan lagi bidang perfileman ini...

TENTANG SAHABAT

kerana apa ya penulis ini berpesan tentang sahabat!

satu hari penulis ada bermimpi, ini pesanannya...


kita ini pejuang! pejuang zaman moden...
tiada pedang, tiada keris, tiada silat, tiada tumpahan darah...
tetapi kesan2 perjuangan panglima - panglima masih ada memerhatikan kita...
orang melayu lagi berugama islam!
percayalah bahawa setiap manusia ada pendampinya, baik atau buruk itu adalah pencariannya..
minda ini mesti kuat!
rindulah pada kampung, kepada budi bahasa, pada sopan santun, dan pada sahabat!

sahabat itu adalah panglima!

sahabat itu adalah sejati!

sahabat itu adalah islam!

sahabat itu adalah kasih sayang!

sahabat itu adalah keluarga!

sahabat itu adalah masa depan!

sahabat itu adalah kerinduan!


ini adalah perkara asalnya yang cuma ada pada zaman dahulu lagi...
tambah pula kita ini adalah islam!
mengapa sahabat tidak mempunyai nilai sahabat?
kerana penulis sudah berkata...kita ini pejuang!

berperanglah dengan kesetian dan kejujuran...
janganlah berangapan yang megah itu kerana penindasan sesama sahabat...
biar kuat kubu kerana sahabat, jangan sampai lemah jatuh ke lembah keramat....

anak muda perlu bermimpi,
jangan bermimpi sampai ke mati....

anak muda perlu berdiri,
jangan berdiri di atas duri....

anak muda perlu berbakti ,
jangan berbakti kepentingan sendiri...

anak muda perlu meninggi,
jangan meninggi kerana musuh sendiri.....




SUATU DESTINASI

kembali tenang, kita cuba menahan segala perkara yang boleh menghilangkan keserian ini.
ada perkara itu membelenggu fikiran, dah lama kita rasakan. baru semalam dapat jawapan.
memang itu yang kita nak selama ini, dah lama tunggu. sebab kita tak dapat apa yang kita nak. tak kiralah baik atau buruk kehendak kita itu.

aku duduk termenung hanya sepatah dua kata

sahabat ku asyik dengan perlawanan bola

aku cuba mendongak

awan putih memenuhi pemandangan aku

aku bertanya mengapa hanya didepan ku?

mata aku tidak bekelip sambil memikir.....


aku semakin sebak mengenang aku adalah manusia....
manusia yang kau lihat manusia itu adalah makhluk seperti juga haiwan...
ada masa ini, hanya untuk peluang mengisi masa yang bergantung kepada kekuatan tenaga...
akan tetapi kaki ini berpijak...
tidak pernah terfikir di tanah mana mungkin menjadi langkah atau detik terakhir
mengundang derita menghapus dosa....

berdoalah kepada haiwan yg mati itu kerana haiwan juga adalah kita!
kita itu sebenarnya adalah nyawa
nyawa itu pula adalah roh
dan roh itu adalah kurnian dari yang maha esa...


mungkin kita dulu meronta - ronta mahu hidup di bumi...
tetapi bila di bumi kita terlupa bahawa ini adalah peluang...

yang bijak akan sentiasa beringat!
ada perkara dan janji yang mahu diselesaikan di sini...
mungkin kita lalai dah terlupa akan janji kita itu...

jangan sampai menyesal mahu meminta untuk kali kedua...




Monday, June 29, 2009

HIDUP MATI

orang ramai....
ada kala gembira....
ada kala bersedih....

sebenarnya tidak mengira usia...
kalau sudah sampai masa...
akan pergi jua....

ada yang MENANTI MATI...

ada juga yang menanti KEHIDUPAN....

KELAHIRAN INI HANYA SATU KEMATIAN.....
SASHABAT AKU SEDANG SENGSARA KETIKA INI....
MOGA DIA DIBERI PETUNJUK DAN KEMBALI....